PENGENALAN KEPADA ASAS INTERNET
Objektif modul pembelajaran
Setelah
menamatkan modul pembelajaran ini, perserta berupaya untuk:
- Mengetahui apakah maksud internet
- Mengetahui aplikasi penggunaan
internet
- Mengetahui kegunaan pelayar web.
- Keperluan sambungan kepada Internet
- Penggunaan Internet Explorer
- Mencari laman web
PENGENALAN KEPADA E-MAIL
- Mendaftar
akaun e-mail baru
- Membaca
e-mail dari inbox
- Membuang
e-mail dari inbox
- Menghantar
e-mail
- Membalas
e-mail
- Menghantar
fail lampiran
- Menyimpan dan
membaca fail lampiran
- Menutup
e-mail
APA ITU INTERNET?
- Perkataan
Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan networking.
- Internet merujuk kepada rangkaian yang dibina
dengan menyambungkan rangkaian komputer di antara satu sama lain.
- Internet merupakan gabungan rangkaian kecil yang membentuk sebuah
rangkaian yang sangat besar dengan menggunakan protokol yang sama.
APLIKASI PENGGUNAAN INTERNET
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PELAYAR WEB
(WEB BROWSER)
- Program pelanggan yang digunakan untuk
memaparkan halaman yang dihantar oleh pelayan yang ia hubung.
- Terdapat 2 jenis pelayar yang sering digunakan
untuk menjelajahi WWW iaitu
1. Netscape Navigator
2. Microsoft Internet
Explorer.
KEPERLUAN SAMBUNGAN
KEPADA INTERNET
- Sambungan telefon
- Akaun jaring/Tmnet/Maxis Net
- Perisian Internet
ISTILAH PENTING DALAM INTERNET
URL
- Satu format arahan yang digunakan untuk
mengarahkan pelayar web menghubungi sesuatu pelayan aplikasi Internet yang
dikehendaki.
- Merupakan alamat sesuatu laman web.
PENGGUNAAN
INTERNET EXPLORER
|
Ikon ini membawa anda ke skrin sebelumnya. Jika anda telah melawat
beberapa lokasi laman web, dengan mengklik simbol ini, senarai alamat lokasi
yang telah ditunjukkan.
|
|
Ikon ini berfungsi berlawanan dengan ikon belakang.
|
|
Menghentikan laman web daripada dipaparkan sepenuhnya.
|
|
Ikon ini akan membawa anda ke muka laman yang pertama
|
|
Ikon ini memuatkan semula laman web. Kadang-kala,
sesebuah muka laman web tidak akan dipaparkan sepenuhnya, tetapi dengan
mengklik ikon Refresh, akan memuatkan semula seluruh muka laman web.
|
|
Melabelkan laman web yang menjadi kegemaran
pengguna tersebut
|
|
Membenarkan pengguna melihat kembali apakah laman
web yang pernah dilawati
|
|
Ikon ini membenarkan anda untuk mencari laman web
yang dikehendaki
|
|
Ikon ini untuk mencetak laman web yang dilayari
|
|
Untuk masuk ke laman e-mail
|
MENCARI LAMAN WEB
Dengan menggunakan enjin carian atau butang Search, cari laman web yang
dicadangkan atau yang diarahkan oleh jurulatih.
- Taibkan
perkataan utusan pada ruangan search dan tekan kekunci Enter.
- Dan tunggu arahan
jurulatih.
- Setelah itu
dengan kawalan jurulatih, buka laman web yang anda ingin lawati (sebagai
contoh laman web mengenai resipi masakan).
PENGENALAN KEPADA E-MAIL
MENDAFTAR AKAUN E-MAIL BARU
- Taipkan pada alamat http://www.mail.yahoo.com
pada ruangan alamat URL di dalam Internet Explorer. Paparan seperti di
bawah akan kelihatan.
- Klik pada “Sign Up Now” untuk membuat e-mail baru.
- Kemudian pilih free e-mail dan paparan seperti di bawah akan kelihatan.
- Pengguna dikehendaki untuk mengisi butir-butir pengenalan diri di
dalam borang pendaftaran membuka e-mail baru.
- Setelah selesai, klik pada Submit This Form untuk menghantar borang
membuka e-mail baru tersebut.
- Sekiranya pengguna berjaya dan tiada kesalahan semasa mengisi
borang, paparan seperti di bawah akan kelihatan
- Sekiranya pengguna tidak berjaya dan terdapat kesalahan semasa
mengisi borang, paparan seperti di bawah akan kelihatan. Pengguna perlu
membetulkan kesalahan yang dinyatakan kemudian klik
- Pengguna boleh menggunakan terus e-mail yang baru dibina dengan
klik butang Continue to Yahoo! Mail. Paparan seperti di bawah akan
terhasil diman pengguna boleh menghantar, membaca, membuang mesej di dalam
akaun persendirian tersebut.
MEMBUKA E-MAIL
- Taibkan alamat http://www.mail.yahoo.com
pada ruangan alamat URL di dalam Internet Explorer. Paparan seperti di
bawah akan kelihatan.
- Taibkan alamat e-mail pada ruangan Yahoo ID. Taibkan katalaluan
pada ruangan Password. Kemudian klik pada butang Sign In.
MEMBACA E-MAIL
- Klik pada butang “Check Mail” atau “Inbox”
- Paparan seperti di bawah akan dipaparkan dimana ianya akan memaparkan
semua mesej yang dihantar kepada alamat yahoo tersebut.
- Anda hanya perlu klik pada subjek e-mail tersebut untuk membaca
e-mail tersebut.
MEMBUANG E-MAIL
Sekiranya pengguna ingin membuang mesej yang diterima, klik pada
Checkbox mesej tersebut dan klik pada butang “Delete”.
Sekiranya ingin membuang semua e-mail yang disenaraikan, anda boleh memilih
dan
kemudian klik pada butang .
MENGHANTAR E-MAIL
Untuk menulis mesej,
klik butang dan paparan seperti di bawah akan kelihatan.
Klik “Send” untuk menghantar mesej tersebut.
|
|
RUANGAN Cc UNTUK MENGHANTAR MESEJ YANG SAMA KEPADA
PENGGUNA LAIN
|
|
TAIPKAN ALAMAT E-MAIL PENERIMA MESEJ
|
|
RUANGAN Bcc UNTUK MENGHANTAR SALINAN KEPADA SESEORANG
YANG ANDA TIDAK MAHU DIKETAHUI OLEH PENERIMA LAIN
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
TAIPKAN TAJUK MESEJ YANG INGIN DIHANTAR
|
|
|
Gambar seperti di bawah akan muncul selepas mesej
dihantar.
Sekiranya mesej
ini terdapat di ruangan Inbox anda, bermakna mesej yang anda hantar gagal untuk
dihantar.
MEMBALAS E-MAIL
1. pada tetingkap Inbox klik pada subjek surat yang pengguna ingin baca.
- Butiran mengenai nama pengirim, alamat e-mailnya, tajuk e-mail dan
kandungan e-mail akan dipaparkan seperti dibawah.
- Klik butang Reply dan tetingkap Reply akan dipaparkan dimana alamat
penerima tersedia dicatat.
TAIBKAN MESEJ ANDA DISINI.
|
|
- Taibkan mesej balasan anda di ruangan yang disediakan, semaada di bawah
atau di atas surat asal. Pengguna juga boleh memadam kan mesej yang
diterima hanya menaip mesej balasan.
- Kemudian, klik butang send dan tetingkap Reply sent akan dipaparkan
menunjukkan mesej pengguna telah dihantar kepada penerima.
Untuk memastikan e-mail anda telah dihantar, sila rujuk di ruangan
Inbox. Sekiranya tiada mesej maka
e-mail anda telah dihantar.
MENGHANTAR FAIL LAMPIRAN
1. Untuk menghantar fail lampiran
iaitu menghantar fail (dokumen, grafik dan audio) bersama-sama mesej klik pada
link Attach Files.
- Paparan seperti di bawah akan muncul dimana pengguna boleh
mengepilkan lampiran dengan mencari dimana lokasi fail tersebut disimpan.
KLIK SINI UNTUK MASUKAN LAMPIRAN
|
|
- Kemudian paparan seperti di bawah akan dipaparkan dimana pengguna
boleh memilih fail yang mana yang hendak dihantar. Kemudian pengguna perlu
klik pada butang Open.
- Pengguna
boleh meletakkan beberapa fail sekali di dalam satu penghantaran mesej
- Klik dan paparan
seperti di bawah akan dipaparkan.
- Klik setelah berpuas
hati dengan fail yang ingin dihantar.
- Kemudian
windows compose akan dipaparkan semula dimana membenarkan pengguna menulis
mesej dan hanya klik butang untuk menghantar
keseluruhan mesej.
- Paparan seperti dibawah akan muncul
dan klik pada periksa
samaada terdapat mesej .
MENYIMPAN DAN
MEMBACA FAIL LAMPIRAN
- Buka Inbox
anda.klik e-mail yang diterima. Sekiranya anda menerima e-mail dimana
pengirim melampirkan fail, nama fail akan tercatat di bawah
- Klik pada Download
File untuk menyimpan fail di dalam lokasi mengikut pilihan pengguna.
- Sekiranya ada arahan untuk Scan file, klik pada arahan tersebut.
- Tetingkap
seperti di bawah akan kelihatan dimana pengguna boleh memilih samaada
untuk menyimpan fail tersebut atau pun hanya untuk memaparkan fail
tersebut pada lokasi semasa.
- pilih
“Save this file to disk” dan klik “ok” untuk menyimpan fail di dalam hard
disk
- Pilih
lokasi folder dimana fail akan disimpan samada cakera keras atau disket.
Masukkan nama fail dan klik “save”. Fail kemudian disimpan di dalam lokasi
pilihan pengguna.
- setelah
selesai tetingkap seperti di atas akan terpapar dan klik “Open” untuk
memaparkan fail yang telah disimpan tadi.
MENUTUP E-MAIL
1. Untuk menutup e-mail, kita tidak boleh klik pada butang pangkah. Ini
kerana kadangkala e-mail kita masih boleh dibuka oleh orang lain.
- Kita perlu klik pada link yang terletak di sebelah alamat e-mail
kita.
- Kemudian baru lah kita boleh klik pada butang pangkah sekiranya
mahu.